Saturday 19 December 2009

Salam Maal Hijrah

Salam takzim awal Sinar Hijrah untuk semua kawan-kawan dan umat Islam..

Sedikit Buat Pedoman...

Hijrah Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. adalah sesuatu yang sepatutnya diambil pengajaran penuh oleh kita semua umat Islam...
Hijrah Rasulullah ini membuktikan dan sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua umat Islam di dunia ini bahawa tiada perkara & kejayaan yang mustahil digapai jika ianya disertakan dengan:
- Niat yang baik & mulia,
- Kesungguhan yang tinggi & Usaha yang tekun,
- Keikhlasan & Keinsafan & Ketaatan kepada ALLAH Taala,
- dan Berserah & Doa & Tawakkal yang jitu kepada ALLAH snt.

Salam Maal Hijrah 1431... Marilah kita hijrahkan diri kita lebih dekat kepada ALLAH Pencipta Alam... Semuga Tahun Baru Hijrah 1431 ini menjadikan kita & keluarga & semua saudara umat Islam lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... Keseimbangan Duniawi dan Akhirat..
Semuga ALLAH terus mengurniakan kita Kekuatan, Hidayah dan InayahNYA untuk kita teruskan usaha ke arah semua kebaikan yang telah kita lakukan selama ini dan juga usaha baik yang akan kita lakukan tahun ini dan tahun-tahun mendatang...
Mudah-mudahan kita dapat lakukan segala usaha ini dengan niat yang baik, penuh keimanan, ketaqwaan, keazaman, kekuatan, keinsafan, keikhlasan, dan tawakkal kepadaNYA...
Mudah-mudahan segala pengorbanan kita mendapat RedaNYA, RahmatNYA, BerkatNYA, dan pertolongan dariNYA dan seterusnya kita dianugerahkan pahala, kejayaan, rezeki, keselamatan dan mendapat menafaat sebaiknya dan dapat mengangkat martabat Diri, Keluarga, Agama, Bangsa & Tanahair kita..

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431...
Wassalam...

No comments:

Post a Comment