Monday 14 December 2009

Repost.. Pesanan Untuk Semua...

Salam all... For sharing...

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... . " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..
Insya Allah Allahu Akbar !
AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL - RAHMAN , AL -RAHIM


Saya insan yang lemah ini, cadangan untuk mempermudahkan dan menjadikan perkara begini sebagai amalan harian (HABIT)... Setiap sebelum meeting / training session / kelas... Apa2 saja meeting kita.. Kita semua mulakan dengan bacaan Al-Fatihah (Chairperson to have it begin) seterusnya sedekahkan kepada kedua ibubapa kita dan guru-guru kita semua samada yang masih hidup atau yang telah pergi...
Bagi yang bukan Islam (jika ada yang bukan Islam)... Mereka bolehlah berdoa mengikut agama mereka...

InsyaALLAH ianya akan menjadi Habit kita...
I rasa setiap kita insan yang bergelar Leader dan someone yang boleh "influence" sepatutnya dapat melakukan perubahan paradigma ke arah sebegini dengan praktiskan dalam norm harian kita...
Ingatlah kita kumpulan majoriti, so sepatutnya apa2 mengikut praktis / norms majoriti... Kalau kita tak mulakan, so orang lain akan tidak respect pada norms baik kita...
Mulakan.. Dan dapatkan respect dari orang lain... Untuk kebaikan kita dan adalah amalan agama kita..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment