Monday 9 November 2009

Good Lucks to All Students

To All My Dear Students...

I had completed teaching you all the required skill --- Problem Solving Skill Module....
I had shared the required Problem Solving Skill in relation to normal life & working life and had shared many real working life experiences...
I had shared with you many tips that you should remember and use them in your working life...

I had taught and prepared you to become one niche employee in future work life who has great skill in Problem Solving...

I had done all the things that I can to equip you with necessary skill to become someone successful in future work life...

It is all up to you know....

My advice is....

You must apply the learning...
You must use the skill...
You must practice the skill...

You must aim high to become one niche person...
You decide your own destiny....

I want to see you grow and successful...
If you want any help... Do Ask...
Many people around would be able to offer help...

And... If you need my help... Do ask me... I will try my best to provide help...

All the best to you all... The BEST will WIN...

Friday 6 November 2009

Kenapa Manusia Suka Salahkan Orang Lain

Banyak Berita Yang Dibaca...
Banyak Percakapan Yang Didengari...
Banyak Perbualan Yang Dialami...
Banyak Perbahasan Yang Diikuti...

Mungkin semua bersetuju dengan saya yang majoriti daripada orang akan memberi penjelasan, mencari sebab, mencari helah, untuk menyalahkan sesuatu atau seseorang yang lain atas apa yang berlaku ke atas dirinya atau keluarganya atau ke atas kumpulannya atau ke atas organisasinya atau ke atas apa jua miliknya...

Terlalu payah untuk seseorang menyalahkan diri sendiri atau mengakui kelemahan yang ada pada diri sendiri menyebabkan sesuatu itu berlaku... Seseorang itu akan cuba sedaya untuk meletakkan "blame" atau "kesalahan" disebabkan oleh sesuatu atau seseorang lain...

Tak kira dalam kehidupan harian seseorang di rumah atau di tempat kerja atau dalam sesuatu kumpulan atau sesuatu organisasi ataupun dalam kerancakan kuasa politik, berlaku "blaming culture". Budaya "Blaming Culture" ini sebenarnya adalah suatu budaya atau culture yang tidak baik yang memundurkan diri sendiri, sesuatu kumpulan, sebuah organisasi, dan juga parti politik. Budaya sebegini jika berterusan sebenarnya adalah "timing bomb" yang mana pada suatu ketika bilamana seseorang itu sudah tidak tahan lagi dengan "blaming" atau tekanan yang berlaku akan mengakibatkan dia mengambil keputusan atau melakukan sesuatu yang di luar jangkaan yang musibahnya adalah amat teruk sekali.

Ego manusia ini terlalu tinggi sehinggakan dia tidak mengakui mempunyai apa2 kelemahan, dia adalah "perfect", dia tahu segalanya, dia tidak bersalah, dia yang pandai, dia sentiasa benar... Orang lain yang bersalah, orang lain yang tidak betul, orang lain yang tidak pandai, orang lain yang menyebabkan perkara itu berlaku menimpanya, semuanya adalah disebabkan oleh orang lain atau ada penyebab lain... Dia betul... Dia tidak lakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan musibah ke atas dirinya, keluarganya, kumpulannya, organisasinya, parti politiknya... semuanya akibat angkara orang lain.. Itu adalah perkara biasa kita dengar, kita baca, kita alami, kita ikuti dalam kehidupan kita...

Seseorang sekretari sebagai contoh akan sentiasa menyalahkan bos yang memberikan dia terlalu banyak kerja sehinggakan beliau terpaksa pulang lewat ata membawa balik kerja ke rumah.

Bos pula akan menyalahkan sekretari bilamana kerja yang ditugaskan tidak dapat disiapkan pada masa tertentu.

Isteri menyalahkan dan beranggapan tidak baik terhadap suami bilamana suami pulang lewat dari kerja atau selalu outstation.

Suami pula menyalahkan isteri yang tidak memberikan perhatian penuh kepadanya untuk helah berkahwin lain.

Sebuah parti menyalahkan parti lawan bilamana seorang wakil rakyat dari partinya berubah atau melompat parti atau meninggalkan parti untuk menjadi parti bebas.

Seperti contoh-contoh di atas, mereka ini akan mencari jalan, mencari helah, meletakkan kesalahan ke atas orang lain atau sesuatu perkara lain atas apa yang berlaku. Jarang sekali seseorang melihat kekurangan diri yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Mudah jika "putting blame" on others. Payah untuk melihat dan cermin diri apa kekurangan dan kesalahan pada diri sendiri yang menjadi penyebab kepada sesuatu musibah...

Sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan semua....

Sekretari atau bos sepatutnya realize their weaknesses... Bos sepatutnya bertanya kepada diri sendiri apa masalahnya, mungkinkah sekretari ada masalah atau mungkinkah kerja sekretari terlalu banyak diberikan. Dalam kes ini ada kemungkinan besar yang Sekretari sebenarnya "overloaded". Bos juga perlu pandai memberitahu sekretari tentang priority kerja-kerja yang diberikan.

Sekretari sepatutnya memberitahu bos yang beliau "stress" kerana "overloaded" kerja dan tak dapat menerima dan menyiapkan kerja seperti yang diminta. Dia perlu menegur bosnya supaya diberikan kerja itu kepada orang lain kerana beliau kini terlalu sebok dengan kerja lain yang diberikan, "overloaded" dan tak dapat menerima kerja lain sehingga kerja sekarang siap sepenuhnya... Dan juga bertanya kepada bos priority yang mana perlua disiapkan dahulu.

Isteri dan suami perlu berbincang tentang kekurangan diri dan layanan masing-masing dan apa yang perlu diperbetulkan bukannya blaming membuta tuli... Isteri dan suami perlu open untuk mendengar pendapat dan komen dan teguran dari pasangan.. Dan ambil iktibar untuk melakukan yang lebih baik..

Parti politik sepatutnya melihat kenapa dan apa yang kurang dalam parti tersebut yang menybabkan perkara tersebut berlaku.. Mungkinkah perubahan ideologi, perubahan kepimpinan, perubahan dasar, ataupun ucapan & kata-kata tertentu yang menyebabkan wakil-wakil mereka tidak lagi sehaluan dengan mereka... Muzakarah untuk kebaikan..

Berubahlah untuk kebaikan.. Sebenarnya apa yang berlakku, sepatutnya kita blame diri sendiri dahulu.. bukannya orang lain..

Ingatlah satu pesanan...

Kita hanya boleh merubah diri kita sendiri.. Kita sebenarnya tiada daya untuk merubah orang lain.. Tetapi kita boleh merubah diri sendiri untuk merubah orang lain.. Janganlah lagi Ego... Buanglah Ego tersebut jika kamu ingin terus berjaya dan bahagia... Renungkanlah kekurangan diri, akuilah kekurangan diri, kerana hanya dengan mengakui dan menerima yang diri ini ada kekurangan, barulah kita dapat mencari jalan untuk memperbetulkan dan memperbaiki kekurangan diri.. Seterusnya kita boleh bertambah maju dan berjaya kerana kita akan melakukan sesuatu dengan jalan lain yang lebih baik apabila kekurangan yang ada di atasi...

Remember... When doing thing the same way over & over, it will not produce different result... But doing same thing in different way would possibly produce different outcome... So why not, try different way then... And the only way to do different way is when you realize and admit that there are weaknesses in the way you are doing thing... Realizing this make you change to do in different way..

Good lucks... To get different result & outcome by admitting your weaknesses and change and improve...