Friday 28 August 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Salam dan Selamat Sejahtera Semua...

Saya dilahirkan selepas Tanah Melayu / Malaysia merdeka, saya terlalu muda dan tentunya saya tidak merasai detik-detik keperitan yang dialami oleh orang tua saya dan lain-lain penduduk di Tanah Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita Malaysia...
Pun begitu banyak cerita yang saya dengar dari bapa saya sendiri, banyak berita dan penulisan yang saya baca, dan tentunya kesedaran yang diberikan oleh kerajaan dan individu yang memperjuangan semangat kemerdekaan negara...

Bagi saya setiap tahun, hari kemerdekaan perlulah disambut dengan penuh semangat patriotik dan keinsafan dalam diri yang negara kita ini telah merdeka yang membolehkan kita semua boleh hidup dengan penuh harmoni dan sikap setiakawan dalam negara yang merdeka..

Saya sedih apabila kurangnya semangat patriotik di kalangan rakan sebaya saya dan yang muda tika menyambut bulan dan hari kemerdekaan... Tiada atau terlalu kurangnya gah bendera Malaysia dikibarkan oleh anak-anak bangsa sebaya... Terlalu kurang keinsafan generasi muda kita betapa pentingnya kemerdekaan negara kita ini...
Di manakah silapnya???

Tidakkah kita insaf bilamana melihat bagaimana beberapa negara-negara Islam saudara seagama kita yang masih dilanda krisis peperangan dan tiada istilah "merdeka" pada mereka penduduk negara tersebut... Sepatutnya kita semua mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan semua rakyat bersatu dengan penuh semangat patriotik penuh gah megibarkan bendera menginsafi dan menyayangi negara kita dan mempertahankan kemerdekaan negara kita ini selamanya...

Merdeka juga bagi saya perlu difahami dan di hayati dari dua sudut penting --- merdeka fisikal dan merdeka minda...

Merdeka fisikal... Kita bebas dan tidak dijajah secara fisikalnya... Betul kita kini tidak dijajah, tetapi kita perlu berhati-hati dan ingat beberapa insiden dan pergolakan yang terjadi dalam negara ini seolah-olah membawa negara kita kembali ke penjajahan kuasa luar... Kita perlu membawa diri kita keluar dari belenggu ini di mana jika tidak berhati-hati dan tidak menyekat usaha setengah kumpulan yang amat menyanjung dan bergantung kepada kuasa negara luar... Jangan dibiarkan kuasa negara luar menguasai kepentingan aset penting negara, politik, pemerintahan dan ekonomi negara kita.. Ini akan boleh membawa kita kembali ke alam Penjajahan walaupun tidak secara langsung tetapi ialah adalah penjajahan tidak langsung yang akan melemahkan kuasa dan fleksibiliti kita memerintah negara kita sendiri.. Selamatkanlah negara kita dari pengaruh kuasa negara luar dan penjahajan tidak langsung ini..

Merdeka minda... Kita perlu punyai minda dan pemikiran yang baik dan terbuka kepada ideologi baik dan positif dan hendaklah berfikiran positif dan proaktif dan berwawasan besar... Minda dan pemikiran kita perlu bebas berfikir secara luas dan memandang jauh ke depan demi kebaikan semua dan bukannya hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja... Kita perlu terbuka untuk menerima teguran dan pendapat orang lain jika ianya untuk kebaikan Agama, Bangsa dan Negara kita... Dan, tentunya untuk kesejahteraan seluruh umat islam di dalam negara ini serta umat islam serata dunia... Jangan terlalu kolot berfikir dan berkepentingan untuk diri sendiri dan tidak mahu mendengar pandangan dan teguran dari orang lain... Kita tidak semestinya mengikut orang lain, tetapi dengan mendengar dan terbuka kepada pandangan dan pendapat dan teguran, mungkin kita dapat menyatukan dua atau lebih idea untuk "complement" menjadi satu idea yang lebih baik, lebih bernas dan lebih berwawasan dan seterusnya diterjemahkan menjadi satu realiti yang dapat membangunkan Ummah, Agama, Bangsa dan Negara kita dengan lebih baik dan lebih berjaya lagi..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Untuk Semua...
Marilah kita semua rakyat Negara Malaysia bersama meneruskan Semangat Patriotik Kita, Sayangi dan Pertahankan Daulat Negara Merdeka Kita...
Jua... Merdekakanlah Minda kita untuk terus membantu memajukan pembentukan dan kebaikan dan kesejahteraan Ummah, Agama, Bangsa dan Negara...

Wassalam...

Thursday 20 August 2009

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa

Salam untuk semua kawan-kawan yang disayangi dan semua pembaca-pembaca dihormati ...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua... Sempena Ramadhan ini, buat peringatan kepada diri saya dan untuk renungan semua kawan-kawan... Marilah kita sematkan Azam dam memasang niat untuk menjadi insan yang lebih baik yang punyai sifat-sifat ketinggian Islam...
Semoga kita menjadi umat Islam Soleh & Solehah di sisi NYA:

@ Punyai Budi & Pekerti yang Tinggi dan Sentiasa Merendah Diri & Hati...
@ Punyai Kekayaan Jiwa... Walaupun Kita Kemiskinan Harta...
@ Sentiasa BerIMAN dan diberikan ketenangan @ kerana Ketenangan ada Dalam IMAN
@ Sentiasa Radha dengan apa yang berlaku dan diberikan kebahagian @ kerana Bahagia ada dalam REDHA
@ Sentiasa diberikan Kekuatan untuk menunaikan SOLAT dan diberikan kesihatan @ kerana Sihat ada dalam SOLAT
@ Sentiasa BerZikir kepadaNYA dan diberikan Damai @ kerana Damai ada dalam DZIKRULLAH
@ Diberikan Kekuatan untuk berpuasa dan diberikan Ketabahan dan Kesabaran @ kerana Tabah dan Sabar ada dalam RAMADHAN

Sempena Menyambut Ramadhan dan supaya Puasa & Amal kita di bulan Ramadhan ini diterima seeloknya..Marilah kita;
@ Minta ampun kepada kedua orang tua kita
@ Isteri meminta ampun kepada suami
@ 3 - Kawan-kawan hendaklah bermaaf-maafan

Dalam Kelembutan Lidah... Mungkin Ada Keterlanjuran Kata...
Dalam Gurau & Senda Berkawan & Bercerita... Mungkin Ada Kata & Ejekan Menyakitit Hati dan mungkin ada Dosa...
Saya Pohon Maaf atas Segalanya, Maaf Zahir & Batin...

Selamat Berpuasa, semuga amalan kita akan lebih diberkati & bermakna & diterimaNYA Semuga Ramadhan ini diberikan kita rahmat, keberkatan, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Semuga bulan Ramadhan ini kita diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi segala dugaan dan bulan Ramadhan dimanafaatkan sepenuhnya dengan amal ibadat serta pengisian yang baik... AMIN

Salam Ramadan & Selamat Berpuasa Untuk Semua...

Dari Saya sekeluarga... Kamal KAY, Elis, NurMasitah, Arif, Afif, Akif, Atif, Auni Alyaa

Monday 17 August 2009

Neurologi - Penemuan Keajaiban ALLAH

Salam untuk semua pembaca blog...

Interesting Finding...
I like to repost this on my blog for sharing to all my dear friends and others who read my blog...
MAHA SUCI ALLAH, SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH, ALLAH MAHA BESAR MAHA AGUNG...

Saya sendiri banyak belajar dari pengajaran, guru-guru dan bacaan bahawa sembahyang itu selain dari beribadat kepada ALLAH s.w.t, punyai banyak kelebihan lain untuk fizikal dan kesihatan kita.. Ini adalah satu contoh.. Sembahyang juga adalah sebaik-baik fizikal exercise kerana ia menggerakkan seluruh anggota tubuh badan kita secara systematik dan teratur, dan amat baik baik untuk perjalanan darah dalam tubuh badan kita..
Lagi banyak kita mengerjakan ibadat sembahyang, banyakkan sembahyang sunat... nsyaALLAH fizikal kita akan bertambah sihat...

Semuga semua mendapat pengajaran dan seterusnya menjadi umat Islam yang beriman, bertakwa, cemerlang minda & fizikal dan berilmu untuk memperjuangkan amanat ALLAH - seimbang untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan juga buat bekalan kita ke Akhirat..

*********************************************************************
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah tulisan ini dari sahabat yg menetap di US:

'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

P/S:
Kalau rajin dan ingin menolong kawan-kawan lain... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wednesday 5 August 2009

Nasib Melayu di Bumi Melayu (Reproduced)

Kawan-kawan ayng saya hormati semua..
Satu Artikel Yang Menarik Perhatian Saya...
Renung-renungkanlah...
Semoga ALLAH memperbetulkan apa saja perjuangan kita yang di jalan salah...
InsyaALLAH...

RENCANA
ARKIB : 26/07/2009
Nasib Melayu di bumi Melayu- Dr. Mohd Ridhuan Tee

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Hantar komen anda mengenai artikel ini ke mingguan@utusan. com.my

Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia