Monday 17 August 2009

Neurologi - Penemuan Keajaiban ALLAH

Salam untuk semua pembaca blog...

Interesting Finding...
I like to repost this on my blog for sharing to all my dear friends and others who read my blog...
MAHA SUCI ALLAH, SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH, ALLAH MAHA BESAR MAHA AGUNG...

Saya sendiri banyak belajar dari pengajaran, guru-guru dan bacaan bahawa sembahyang itu selain dari beribadat kepada ALLAH s.w.t, punyai banyak kelebihan lain untuk fizikal dan kesihatan kita.. Ini adalah satu contoh.. Sembahyang juga adalah sebaik-baik fizikal exercise kerana ia menggerakkan seluruh anggota tubuh badan kita secara systematik dan teratur, dan amat baik baik untuk perjalanan darah dalam tubuh badan kita..
Lagi banyak kita mengerjakan ibadat sembahyang, banyakkan sembahyang sunat... nsyaALLAH fizikal kita akan bertambah sihat...

Semuga semua mendapat pengajaran dan seterusnya menjadi umat Islam yang beriman, bertakwa, cemerlang minda & fizikal dan berilmu untuk memperjuangkan amanat ALLAH - seimbang untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan juga buat bekalan kita ke Akhirat..

*********************************************************************
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah tulisan ini dari sahabat yg menetap di US:

'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

P/S:
Kalau rajin dan ingin menolong kawan-kawan lain... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

1 comment:

  1. Salam Kay,

    Bukan meragui penemuan Doktor tersebut cuma artikel tersebut tidak menerangkan dengan lanjut perkara berikut;

    1. Which area in the brain that contains the vein(s)?

    2. What is the effect to human if blood enters/not entering that part of the brain, is it emotional, physical, mental or spiritual effect?

    Biasanya penemuan sebegini akan dimuatkan dalam Journal perubatan - alangkah baiknya jika kita dapat meneliti fakta-fakta lanjut dalam Journal berkaitan, juga komen dari Doktor-doktor lain.

    Bukan apa - hanya mahukan kepastian sebab ia dikaitkan dengan agama (sujud dalam sembahyang) sebab terlalu banyak perkara yang tiada kaitan dengan ugama dijadikan bahan edaran email dan internet.

    Teruskan menulis.

    ReplyDelete