Friday 28 August 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Salam dan Selamat Sejahtera Semua...

Saya dilahirkan selepas Tanah Melayu / Malaysia merdeka, saya terlalu muda dan tentunya saya tidak merasai detik-detik keperitan yang dialami oleh orang tua saya dan lain-lain penduduk di Tanah Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita Malaysia...
Pun begitu banyak cerita yang saya dengar dari bapa saya sendiri, banyak berita dan penulisan yang saya baca, dan tentunya kesedaran yang diberikan oleh kerajaan dan individu yang memperjuangan semangat kemerdekaan negara...

Bagi saya setiap tahun, hari kemerdekaan perlulah disambut dengan penuh semangat patriotik dan keinsafan dalam diri yang negara kita ini telah merdeka yang membolehkan kita semua boleh hidup dengan penuh harmoni dan sikap setiakawan dalam negara yang merdeka..

Saya sedih apabila kurangnya semangat patriotik di kalangan rakan sebaya saya dan yang muda tika menyambut bulan dan hari kemerdekaan... Tiada atau terlalu kurangnya gah bendera Malaysia dikibarkan oleh anak-anak bangsa sebaya... Terlalu kurang keinsafan generasi muda kita betapa pentingnya kemerdekaan negara kita ini...
Di manakah silapnya???

Tidakkah kita insaf bilamana melihat bagaimana beberapa negara-negara Islam saudara seagama kita yang masih dilanda krisis peperangan dan tiada istilah "merdeka" pada mereka penduduk negara tersebut... Sepatutnya kita semua mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan semua rakyat bersatu dengan penuh semangat patriotik penuh gah megibarkan bendera menginsafi dan menyayangi negara kita dan mempertahankan kemerdekaan negara kita ini selamanya...

Merdeka juga bagi saya perlu difahami dan di hayati dari dua sudut penting --- merdeka fisikal dan merdeka minda...

Merdeka fisikal... Kita bebas dan tidak dijajah secara fisikalnya... Betul kita kini tidak dijajah, tetapi kita perlu berhati-hati dan ingat beberapa insiden dan pergolakan yang terjadi dalam negara ini seolah-olah membawa negara kita kembali ke penjajahan kuasa luar... Kita perlu membawa diri kita keluar dari belenggu ini di mana jika tidak berhati-hati dan tidak menyekat usaha setengah kumpulan yang amat menyanjung dan bergantung kepada kuasa negara luar... Jangan dibiarkan kuasa negara luar menguasai kepentingan aset penting negara, politik, pemerintahan dan ekonomi negara kita.. Ini akan boleh membawa kita kembali ke alam Penjajahan walaupun tidak secara langsung tetapi ialah adalah penjajahan tidak langsung yang akan melemahkan kuasa dan fleksibiliti kita memerintah negara kita sendiri.. Selamatkanlah negara kita dari pengaruh kuasa negara luar dan penjahajan tidak langsung ini..

Merdeka minda... Kita perlu punyai minda dan pemikiran yang baik dan terbuka kepada ideologi baik dan positif dan hendaklah berfikiran positif dan proaktif dan berwawasan besar... Minda dan pemikiran kita perlu bebas berfikir secara luas dan memandang jauh ke depan demi kebaikan semua dan bukannya hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja... Kita perlu terbuka untuk menerima teguran dan pendapat orang lain jika ianya untuk kebaikan Agama, Bangsa dan Negara kita... Dan, tentunya untuk kesejahteraan seluruh umat islam di dalam negara ini serta umat islam serata dunia... Jangan terlalu kolot berfikir dan berkepentingan untuk diri sendiri dan tidak mahu mendengar pandangan dan teguran dari orang lain... Kita tidak semestinya mengikut orang lain, tetapi dengan mendengar dan terbuka kepada pandangan dan pendapat dan teguran, mungkin kita dapat menyatukan dua atau lebih idea untuk "complement" menjadi satu idea yang lebih baik, lebih bernas dan lebih berwawasan dan seterusnya diterjemahkan menjadi satu realiti yang dapat membangunkan Ummah, Agama, Bangsa dan Negara kita dengan lebih baik dan lebih berjaya lagi..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Untuk Semua...
Marilah kita semua rakyat Negara Malaysia bersama meneruskan Semangat Patriotik Kita, Sayangi dan Pertahankan Daulat Negara Merdeka Kita...
Jua... Merdekakanlah Minda kita untuk terus membantu memajukan pembentukan dan kebaikan dan kesejahteraan Ummah, Agama, Bangsa dan Negara...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment