Jika Pelita memberikan aku cahaya sepanjang malam...
Guru mencurahkan ilmu menerangi hidup aku sepanjang hayat...
Guru pelita hidup ku...
Pena Keramat Sebagai Senjata
Ilmu Sarat Bekal Di Dada
Penuh Semangat Tutur Kata
Guru Martabat Pemangkin Negara
Gelanggang Pendidikan Melangkah Berkhidmat
Punyai Satu Visi dan Matlamat
Ingin mengangkat Martabat Umat
Ke Pentas Watan Dunia Sejagat
Jika Esok Hari Menjadi Seorang Pengarah Berjaya...
Jika Esok Hari Menjadi Seorang Menteri Berkuasa...
Jika Esok Hari Menjadi Seorang Ulama Mulia...
Jika Esok Hari Menjadi Seorang Penulis Terkemuka...
Jika Esok Hari Menjadi Seorang Peguam Petah Berbicara...
Jika Esok Hari Anak Raja Menaiki Takhta...
Jika Esok Hari Siapa Sahaja Yang Dewasa...
... Mulanya Hari Ini Dia Insan Kanak-kanak dan Remaja Biasa
... Mulanya Hari Ini Dia Dididik Guru Biasa
... Mulanya Hari Ini Guru Mengajar Tulis Dan Baca
... Mulanya Hari Ini Guru Mendidik Penuh Sabar Ulang Bicara
Terima Kasih Untuk Semua Guru, Pensyarah dan Insan yang pernah mengajarku walaupun sepatah kata... Ia amat bermakna untuk ku... Jasamu akan kukenang keakhir hayat...
Selamat Hari Guru...
Sunday, 17 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam...aku junior kau dulu SPM84 skali dgn Pak Ya.. aku dah add blog kau kat blog aku... Http://ambilpeduli.blogspot.com
ReplyDelete